Wednesday, April 16, 2008

untraceable

Sunday, November 13, 2005

Hari Raya Puasa 2005

 Posted by Picasa

Saturday, January 01, 2005

Tahun Baru 2005

Tahun 2004 berakhir dengan peristiwa hitam dan kedatangan 2005 disambut hiba diseluruh dunia. Tragedy Tsunami, gempa bumi yang paling dahsyat, telah mengorbankan lebih kurang 135000 jiwa. Yang paling banyak jiwa terkorban adalah dari Bandar Aceh, Indonesia. Ada ramai lagi belum dijumpai dan jumlah mangsa Tsunami mungkin akan meningkat. Amat sedih apabila melihat akbar tentang bencana alam ini TV. Arrghhh.. sedih la.. CT tak tahu macam mana lagi nak katakan... tak pandai nak express dalam bahasa melayu...

Tuesday, December 28, 2004


Tenggok tu.. ramping sekali wanita-wanita ini. CT tak tahu siapa mereka itu.. tapi satu tu yang paling manis di sebelah kanan, kalau nak tahu, itu lah emak CT. Jambu kan.Entah umur berapa tahun agak nya. Kalau kasi CT pakai buju tu time CT muda-muda pun tak boleh muat Phew weet!

26 Dis 2004- Berlari 12jam di MacRitchie

Sesiapa yang kenal diri CT mesti akan berkata " ada-ada sajalah budak ni.. tak ada kerja lain ke yang nak di buat.. bukan muda lagi.. tak ada penyakit cari penyakit... buat apa nak lari macam gini lama.. apa lagi saja yang dia nak buat lepas ini"

Hehehe... nanti eh.. lagi berfikir ni..

Rasa-rasanya CT nak belajar "rock/vertical climbing " pulaklah tahun depan..




26 Disember 2004 - Ultra Marathon di MacRitchie.

wah.. macam bagus gitu ya.. semangat betul.

CT lari 52.5km dalam masa 11jam 41min 47saat.

Friday, December 24, 2004

Chess..anyone?


Inilah Mohd. Anak kakak saya, kakak Salimah. Tahun depan, dia akan masuk darjah 1. Jadi dia berumur 6 tahun sekarang. Budak ini aneh sedikit. Dalam banyak-banyak mainan , yang jadi mainan kegemaran dia ialah Chess.
Tak tahulah siapa yang mengajarnya. Bila di tanya, dia katakan yang dia berlajar sendiri selepas tenggok cerita Harry Potter. Dia mati-mati suruh emak Salimah belikan Harry Potter Chess Board game. Di mana saja dia pergi, dia akan bawa boardgame bersamanya. Oleh kerana budak-budak kecil lain tak tahu main chess, abang-abang, pakcik-macik and kakak-kakak lah yang jadi sasaran dia. Nenek Nepah,emak CT, pun dipaksa main. Tapi emak tak tahu chess. Sebaliknya, emak pula yang mengajar dia bermain DAM. Jadi budak ini tahu main dam and chess.

Ada satu hari, tak ada orang nak main dengan dia sebab selalu mesti kasi dia menang. Kalau tidak, dia ngampul (merajuk dlm bahasa boyan). So, Mohd approached Nenek Tech Whye(sis's mother-in-law). Ini lah extraction from their conversation:
Mohd: Bah, tahu main Chess,tak?
Nenek: Bah tak tahu la.. ini kan mainan orang putih. bah mana tahu.
Mohd: Bah baca instruction la... nanti dah tahu main.
Nenek: Bah tak tahu cakap ingeris, macam mana Bah tahu nak baca Inggeris.
Mohd: aw..inggeris tak tahu eh.., tak pe lah... Kan ada lain-lain punya bahasa...

guess what? dia tunjuk the whole instruction booklet.. dia flipped the pages.. and asked if nenek can read the one in French... then , German.. of course lah... Nenek tak tahu!

So now dia tahu tak semua orang boleh main chess. Ada satu hari tu, dia datang kat CT dengan boardgame dia. CT tahu yang dia nak ajak CT main. Sebelum CT ditanya, cepat-cepat CT beritahu dia yg CT tak tahu main. Oleh kerana, dia dah experience dgn Nenek dia yg tak tahu baca inggeris.... dia datang kat CT dgn approach yg lain. The first thing he asked me was (in english) " cik CT, u know how to read english?" I smiled and replied to him.."I talk to u in english..I read english storybooks for u.. of cos I can read english.. He was satisfied with my answer.. so he said, " then u can read the instructions !"

No escaping... die -die mesti main!
Dulu bodoh sekali.. tak faham-faham macam mana nak main , sampai tak suka chess. Apa entah.. chess .. tak best. TApi sekarang, Cik CT ucapkan Terima kasih, Mohd.. Cik CT dah tahu main chess. Lain kali boleh main sama-sama. Tapikan mesti kasi cik CT menang boleh tak? Kalau tak, nanti cik CT ngampul!







Thursday, December 23, 2004

Tiap- tiap 26 Dec .. ada saja yg nak di rayakan tapi tahun ini lain sikit.Sorry Mama.


26 Dec 2002- Hari Lahir Ibu Mertuaku yang ke 52 tahun.

26 Dec 2003 - Hari Lahir Mama Faris yang ke 53, di Swenson, Changi Airport. Celebrate bersama, Papa, Kong-Kong and Po-po.

Mama suka simpan gambar-gambar. Tak ada muka dia pun, dia nak. Jadi CT buatkan hadiah istimewa untuknya.. CT reprint semua gambar gambar sekeluarga dari gambar baby hingga ke hari itu. Buat kenangan. Happy sekali dia! :)

Inilah troop CT kalau bawa keluarga Faris keluar jalan-jalan. Papa & mama, A-kong & PoPo, CT & Faris.
____________________________________________________________________
Birthday Mama akan datang pada hujung minggu ni.. rasa-rasa tak boleh celebrate la..

"Oh Mamaku.. tahun ini,kena postponed celebrate hari birthday mama. Pada hari yang sama nanti, CT nak pergi lari lah di MacRitchie and anak kesayangan mu pula kena kerja. Kita celebrate pada hari Tahun Baru k.. hmmmm tahun ini, mama nak present apa ya? " (faris, tolong translate kat u punya mama, boleh?)

Roti Teropong.. apa tu?


Musim SARS tahun lalu, emak CT very cute. Dia pakai pin "I'm OK" di tudungnya. Begitu bangga sekali dia mempamerkan pin yang mengatakan yang dia "OK" dari SARS.

So Cute! Besar pulak! Bede-bede peyi lah Emak ni! Tak ada ke pin yang lawah sikit?

Ini pun lagi satu sejarah tak akan CT lupakan. Pada 05 July 2003, CT ajak Emak makan Indian Food di Little India, bersama kak Salimah & anak-anak dia. Meraka tak pernah nampak Paper Tosai yang panjang begini. Terperanjat dibuatnya. Emak kata " Apa ni.. macam teropong! " Habis tu, CT order Bhaturah.. dia katakan .. " eh, ini macam Bomb! " Kelakar di buatnya! Tak tahan ketawa terbahak -bahak. Selepas ini, rasa-rasa tak pernah ajak emak keluar sebab sibuk dengan kerja.

Oh ya.. baru ingat.. sebenarnya, hari itu keluar ajar emak naik NEL dari Outram MRT. "kus semangat.. tenggok tu.. dari jauh pun nampak emak punya pin.!"

Masak apa tu, cik abang oi!


Hari yang bersejarah, July 10,2003, Faris masuk dapur cuba masak makan malam buat pertama kali. Sebab itu, kena ambil gambar.

Masakkannya sudah siap. Dia kelihatan puas hati and gembira.

Mari lihat apa yang tersedia di atas meja..

Sop adalah wajib. Tak ada sop tak sah. Ini dinamakan, Watercress Chicken soup. Sayur Watercres ada banyak hasiat dan bagus untuk wanita. Ianya is a good source of folic acid, satu daripada vitamin B and ianya menolong to "keep our reproductive system in working order.

Faris kepengin nak makam cendawan campuran. Dia ambil resipe dari Papa. Boleh tahan lah.. sedap. Orang melayu mana suka sangat makan cendawan-cendawan yang aneh-aneh.. Orang -orang Cina kata "Kalau nak hidup lama makan lah cendawan ..Oriental Mushrooms are renowned for improving immunity and associated with longevity in Asian culture"
Ini adalah CT punya original resipe. Ayam di microwaved dalam perbagai sauce hitam,sauce tiram, chilli sauce, kicap manis, kicap masin, kicap pecat,kicap tak pecat.. semua masuk.. yummy! Try lah.. sedap!

Selepas ini, Faris tak masak lagi. Instant noodle pun dia tak pernah masak. Rasa-rasa buat air milo panas pun dia tak pernah. Macam bapak CT lah dulu-dulu.. semuanya nak kena disiapkan.. hmmmm. Macam orang tua-tua gitu. Tapi tidak mengapa.. sayang dia ape.. Apa U nak, cakap aje.. CT siapkan. Tapi kalau CT sakit, tolong masak untuk CT, ok?

Tuesday, December 21, 2004

My Wonderful Family


Keluarga Faris berhari-raya di rumah Emak-bapak CT tahun ini.

Sungguh gembira sekali emak & bapak CT kalau keluarga Faris datang ke rumah mereka. Sebab mereka 2 keluarga tak selalu jumpa. Setahun jumpa limit-limit 2 kali saja. Yang duduk di hujung sebelah kanan ialah Kakak pertama CT, Kak Rabiah. Kita adik-beradik panggil dia "Iyah" saja.

Iyah-lah yang menjalani operation mata. Sedih sekali. Selepas 2tahun, mata dia suffer rejection dari operation itu. Sekarang dia tak nampak sangat. Emak-bapak risau tentang dia. Mereka worry keselamatan dia pabila pulang balik dari kerja & sekolah. Kadang-kadang, bapak hantar dia gi kerja naik scooter. Kalau bapak sakit, emak hantar Iyah ke station Mrt terdekat, lepaskan dia & dia ke kerja sendiri, agaknya. Kalau dua-dua sakit, entah tak tahu. Mereka di rumah tak suka susahkan adik beradik. Sedih sekali..boleh nanggis dibuatnya. Ct minta maaf kerana tak tahu macam mana nak tolong. CT doakan Iyah diterangkan kelihatannya... Pray that Allah will shine the light wherever u go. You have a good heart and hope people around u will help u get around. And untuk emak & bapak.. banyaklah bersabar. CT tahu, emak stress. Bapak pula ..jangan banyak fikiran lah.. CT tahu, Bapak fikirkan kita semua. Bapak jaga kesihatan dan enjoy ur retirement days.. & don't talk abt death! And Iyah, kita tahu you must be frustrated but pls don't get so worked up. Parents are old already.. they need all the attention now.. they have mellowed down. I'm cool with them. They are not like they used to be.. Me so sad...

Kak Norleha pun selalu ambil kisah tentang diri CT. Kalau masak Ikan Asam Pedas, dia mesti masak extra kasi CT. Asam pedas dia sedap..ada tahu & sayur masin.

CT rindu sekali pada kakak-kakak berdua ni. CT dan Faris minta maaf, hari raya tahun ini, kita tak sampai ke rumah mereka. Sedih.Insya'allah Hari Raya Haji nanti, kita datang. Tak ada kakak-kakak sebaik mereka. CT dibuat macam anak mereka. Betul-betul rindu. CT doa-kan mereka sihat selalu. :'(

SingTel Dinner & Dance 2003- Hawaiian Nite.Pertama and terakhir kali saya ke pesta company. Berfoto bersama Kak Salbiah, mentor saya.
Semenjak kenal Kak Sal, tiap-tiap pagi raya dapat makan lontong & ketupat. Sebab, malam hari raya selalu di suruh datang rumahnya ambil makanan. Kita suka dia punya sambal goreng. The best! Dia tak pernah lupakan CT. Dulu di tempat kerja, selalu bawa makanan untuk CT. Kesian gitu kita, macam kat rumah tak tahu masak. Memang betul, CT tak tahu masak, especially masakan melayu. Fail. Nasib baik kahwin cina. Kalau tak,suami selalu curi-curi balik rumah emak dia, makan masakan emak dia! Ceh!

Satu-satunya A-kong kesayang kami

Inilah datuk Faris. Dia sungguh lucu sekali. Dia pandai berbahasa Melayu and English. Dia berumur 85, agaknya atau lebih. Tinggal bersama pakcik Faris yang berumur 50-an. Jadi 2 orang tua tinggal sama-sama. Kadang-kadang sedih bila tenggok dia. Tapi masih kelihatan kuat bagi umur dia. Tak pernah complain sakit. Berceria selalu. Bapak Faris kata nak kasi dia hidup hingga umur 100 tahun. Sebab, datuk bapak Faris meninggal dunia umur 103 tahun, masuk suratkhabar! Banyak orang cina kata, orang-orang Kantonis panjang umur pasal mereka makan makanan yang berkhasiat,banyak minum sop yang bertonic-tonic. Eeee tak sedap! Tak selalulah saya masakkan Faris sop-sop yg bertonic. Kadang-kadang adalah.. masak cik ku-teh, Black chicken soup, Ginzeng herbal soup..dan apa lagi lah... tak tahu namanya.

Berbasikal dari West Coast Park ke East Coast Park

Pada malam Sabtu, 11 Disember, saya dan Fd pergi berbasikal, mula pada hari Sabtu 12mlm berangkat dari WCP and sampai pada pagi Ahad,12 Dis, jam 6pagi di ECP. Pun best! Kayuh basikal ramai -ramai dengan budak-budak Mendaki. Kita berdualah mungkin yang tertua and yg paling nakal, tak dengar kata Facilitators.. sampai saja.. park basikal and tinggalkan saja.. pergi sarapan pagi di MacDonald.. habis tu pulang... ish ish ish... tak baik! Kena marah dengan adik facilitator, buat bodoh.. minta maaf saja. Apa nak buat... dorang tak cakap betul-betul pe dia punya itinery. Dia cakap dah habis... so balik la.. nak tunggu apa lagi..ceh!

Ber-trekking di MacRitchie - Bt Timah


DSCN0046
Originally uploaded by .y..
Hari Sabtu lalu, kita berempat pergi ber-trekking dari MacRitchie Reservoir ke Bt Timah Nature Reserve. Di sini, sedang berdiri di atas bridge sepanjang 250meters. Tempat ini dinamakan, Treetop Walk. Seronok, mesti cuba!

Saya Sayang... kucing saya...


Todd, kucing kesayangan ku

Saya ada 5 ekor kucing.Dalam banyak2, Todd-lah yang amat saya sayangi. Kenapa Todd? Dia selalu ada disamping saya.. dia akan temankan saya apabila saya duduk di tempat komputer, kalau saya masuk tidur, dia pun tidur bersama di tapak kaki saya. Apabila di panggil, dia akan datang and ber-meow. Kalau di marah, dia macam faham gitu. Dia yang paling kacak selali.. kepalanya besar, matanya warna hijau-hijauan and ekornya panjang. Ah.. dia sungguh handsome sekali. Tapikan, dia lah yang paling pengecut. Kalau ada dayuh (org datang). dialah yang pertama sekali pergi cari tempat untuk bersembunyi. Dia akan muncul kembali 2jam selepas tetamu itu pulang. Macam mana pun.... Saya saaayannng kucing saya.
Title yg tertulis tu dlm bahasa boyan.. yg bermakan.. "ada-ada saja".

Nak cuba karang dlm bahasa melayu. Nak nenggok betapa teruknya bahasa ibunda saya.Rasa-rasa mesti ada yg ketawa pecah perut. Tak pe lah.. asal kan tak mati, ya.

Baik lah.. apa yang nak di tulis eh... hmmm,

Nak cerita pasal diri saya, keluarga, rakan-rakan.. hal ehwal semasa.. hmmm entah eh,, macam boring gitu. Bersabarlah.. nanti slowly-slowly, akan ku tulis apa saje-lah yang bede-bede peyi..