Friday, December 24, 2004

Chess..anyone?


Inilah Mohd. Anak kakak saya, kakak Salimah. Tahun depan, dia akan masuk darjah 1. Jadi dia berumur 6 tahun sekarang. Budak ini aneh sedikit. Dalam banyak-banyak mainan , yang jadi mainan kegemaran dia ialah Chess.
Tak tahulah siapa yang mengajarnya. Bila di tanya, dia katakan yang dia berlajar sendiri selepas tenggok cerita Harry Potter. Dia mati-mati suruh emak Salimah belikan Harry Potter Chess Board game. Di mana saja dia pergi, dia akan bawa boardgame bersamanya. Oleh kerana budak-budak kecil lain tak tahu main chess, abang-abang, pakcik-macik and kakak-kakak lah yang jadi sasaran dia. Nenek Nepah,emak CT, pun dipaksa main. Tapi emak tak tahu chess. Sebaliknya, emak pula yang mengajar dia bermain DAM. Jadi budak ini tahu main dam and chess.

Ada satu hari, tak ada orang nak main dengan dia sebab selalu mesti kasi dia menang. Kalau tidak, dia ngampul (merajuk dlm bahasa boyan). So, Mohd approached Nenek Tech Whye(sis's mother-in-law). Ini lah extraction from their conversation:
Mohd: Bah, tahu main Chess,tak?
Nenek: Bah tak tahu la.. ini kan mainan orang putih. bah mana tahu.
Mohd: Bah baca instruction la... nanti dah tahu main.
Nenek: Bah tak tahu cakap ingeris, macam mana Bah tahu nak baca Inggeris.
Mohd: aw..inggeris tak tahu eh.., tak pe lah... Kan ada lain-lain punya bahasa...

guess what? dia tunjuk the whole instruction booklet.. dia flipped the pages.. and asked if nenek can read the one in French... then , German.. of course lah... Nenek tak tahu!

So now dia tahu tak semua orang boleh main chess. Ada satu hari tu, dia datang kat CT dengan boardgame dia. CT tahu yang dia nak ajak CT main. Sebelum CT ditanya, cepat-cepat CT beritahu dia yg CT tak tahu main. Oleh kerana, dia dah experience dgn Nenek dia yg tak tahu baca inggeris.... dia datang kat CT dgn approach yg lain. The first thing he asked me was (in english) " cik CT, u know how to read english?" I smiled and replied to him.."I talk to u in english..I read english storybooks for u.. of cos I can read english.. He was satisfied with my answer.. so he said, " then u can read the instructions !"

No escaping... die -die mesti main!
Dulu bodoh sekali.. tak faham-faham macam mana nak main , sampai tak suka chess. Apa entah.. chess .. tak best. TApi sekarang, Cik CT ucapkan Terima kasih, Mohd.. Cik CT dah tahu main chess. Lain kali boleh main sama-sama. Tapikan mesti kasi cik CT menang boleh tak? Kalau tak, nanti cik CT ngampul!







3 Comments:

Blogger Wendy said...

hahahaha pandai tul budak tu...bapak die cina ka???

December 24, 2004 at 2:27 PM  
Blogger ViXen said...

hi Wendy.. kedua ibubapa Mohd pure malay.. i got other nephews that look more like chinese but we do not have chinese blood at all. Kalau CT & Kev ada anak.. baru lah.. chinese blood start.. agaknya ikut kulit org Melayu ke Cina eh....hhmmmmm? I wonder.....

December 24, 2004 at 6:15 PM  
Blogger Fd said...

so cute! ehheehhe..

December 24, 2004 at 7:23 PM  

Post a Comment

<< Home